Laman pembelajaran sawit yang mudah digunakan

DIDIK SAWIT merupakan laman web infografik yang dibangunkan sebagai satu inisiatif dan usaha untuk memberi pendedahan serta kesedaran tentang industri sawit kepada pelajar sekolah menengah. Laman web ini dibangunkan bertujuan menjadi bahan bantu mengajar bagi subjek Geografi yang melibatkan topik sawit sekaligus menjadi platform penyebaran maklumat kepada semua. Laman web ini merangkumi topik-topik berkaitan sawit yang sedia ada di dalam buku teks Geografi serta info tambahan bagi meningkatkan kesedaran tentang industri sawit.

Terdapat banyak maklumat yang disediakan di laman ini seperti:

Palm Tree

Kenali Pokok Sawit

Kelapa sawit, (Elaeis guineensis), merupakan tanaman yang terutamanya ditanam sebagai sumber minyak. Kelapa sawit ditanam secara meluas di kawasan asalnya di Afrika Barat dan Tengah, serta di Malaysia dan Indonesia.

Ia merupakan antara tanaman utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Jom kenali pokok sawit dengan lebih dekat.

Pelajari